{"id":17754,"date":"2025-01-28T17:17:08","date_gmt":"2025-01-28T17:17:08","guid":{"rendered":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/?p=17754"},"modified":"2025-01-28T17:17:09","modified_gmt":"2025-01-28T17:17:09","slug":"perangi-maklumat-palsu-sebenarnya-my-guna-chatbot-aifa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/2025\/01\/28\/perangi-maklumat-palsu-sebenarnya-my-guna-chatbot-aifa\/","title":{"rendered":"Perangi maklumat palsu, Sebenarnya.my guna \u2018chatbot\u2019 AIFA"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MEMANFAATKAN teknologi kecerdasan buatan (AI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghasilkan satu &#8216;chatbot&#8217; bagi menjawab kemusykilan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA), &#8216;chatbot&#8217; tersebut akan menjawab kemusykilan orang ramai berhubung sesuatu maklumat yang diterima menerusi media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disepadukan dengan portal <a href=\"https:\/\/sebenarnya.my\/\">Sebenarnya.my<\/a>, AIFA diharap dapat dijadikan platform rakyat bagi menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;AIFA ialah alat penting untuk memperkasakan rakyat dengan maklumat disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Dengan kemudahan ini, pihak MCMC menawarkan kepada rakyat cara mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,&#8221;kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika melancarkan Chatbot.Sebenarnya.my di Cyberjaya hari ini, Fahmi berkata, AIFA turut menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber boleh dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas itu, AIFA akan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secata pantas kepada pengguna dengan <a href=\"https:\/\/www.edisi9.com.my\/2025\/01\/kpt-pantau-perkembangan-pelajar-malaysia-kemalangan-di-mesir\/\">menggunakan <\/a>bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, AIFA buat masa kini hanya menerima input dalam format teks dan ia akan diperluaskan untuk menerima input dalam format lain termasuk video dan grafik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Saya minta MCMC untuk mengembangluaskan penggunaan AIFA, pertama dalam kalangan rakan-rakan Komuniti Madani di bawah Jabatan Penerangan dan kedua menerusi 1,000 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang mempunyai 1.3 juta ahli,&#8221; katanya. &#8211; Edisi 9<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MEMANFAATKAN teknologi kecerdasan buatan (AI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghasilkan satu &#8216;chatbot&#8217; bagi menjawab kemusykilan masyarakat. Dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA), &#8216;chatbot&#8217; tersebut akan menjawab kemusykilan orang ramai berhubung sesuatu maklumat yang diterima menerusi media sosial. Disepadukan dengan portal Sebenarnya.my, AIFA diharap dapat dijadikan platform rakyat bagi menyemak berita yang&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17755,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-17754","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17754","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17754"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17754\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17756,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17754\/revisions\/17756"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17755"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17754"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17754"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17754"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}