{"id":17770,"date":"2025-01-28T17:55:22","date_gmt":"2025-01-28T17:55:22","guid":{"rendered":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/?p=17770"},"modified":"2025-01-28T17:55:22","modified_gmt":"2025-01-28T17:55:22","slug":"kabinet-batal-pelaksanaan-wbb-petugas-kesihatan-dzulkefly","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/2025\/01\/28\/kabinet-batal-pelaksanaan-wbb-petugas-kesihatan-dzulkefly\/","title":{"rendered":"Kabinet batal pelaksanaan WBB petugas kesihatan &#8211; Dzulkefly"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">WAKTU Bekerja Berlainan (WBB) yang pelaksanaannya dirintis oleh Kementerian Kesihatan namun mendapat bantahan banyak pihak telah dibatalkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/myedisi9\/\">pembatalan<\/a> projek rintis WBB setelah dirujuk kepada Jemaah Menteri hari ini yang kemudian membuat keputusan membatalkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Beliau berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membuat kajian lebih mendalam dan menyeluruh terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cSetelah mengambil kira segala pertimbangan, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB untuk memberi laluan kepada sebuah kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cSehubungan itu, KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abu Bakar Suleiman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cTerma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Dzulkefly berkata, KKM akan meneruskan usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Pelaksanaan WBB dalam kalangan petugas kesihatan telah mendapat bantahan daripada Pemuda UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira telah berbincang dengan Dzulkefly berhubung dasar WBB yang menyebabkan kekeliruan dan &#8216;ketegangan&#8217; dalam kalangan doktor dan kumpulan doktor muda sepanjang minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Kalwinder berkata, dengan maklum balas yang diterima daripada ahli persatuan dan doktor lain, MMA menerangkan secara terperinci alasan dan keraguan mengenai sebab doktor dalam sektor penjagaan kesihatan awam secara amnya tidak bersetuju dan enggan menyokong sistem WBB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Pelaksanaan WBB turut mendapat bantahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang menjelaskan isu utama dihadapi ialah kekurangan petugas dan bukan soal waktu bekerja. &#8211; Edisi 9<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WAKTU Bekerja Berlainan (WBB) yang pelaksanaannya dirintis oleh Kementerian Kesihatan namun mendapat bantahan banyak pihak telah dibatalkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pembatalan projek rintis WBB setelah dirujuk kepada Jemaah Menteri hari ini yang kemudian membuat keputusan membatalkannya. Beliau berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membuat kajian lebih mendalam dan menyeluruh terkait&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17771,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-17770","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17772,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17770\/revisions\/17772"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17771"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}