{"id":17779,"date":"2025-01-28T18:01:41","date_gmt":"2025-01-28T18:01:41","guid":{"rendered":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/?p=17779"},"modified":"2025-01-28T18:07:23","modified_gmt":"2025-01-28T18:07:23","slug":"moodys-jangka-ekonomi-malaysia-paling-pesat-berkembang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/2025\/01\/28\/moodys-jangka-ekonomi-malaysia-paling-pesat-berkembang\/","title":{"rendered":"Moody\u2019s jangka ekonomi Malaysia paling pesat berkembang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">MALAYSIA akan menjadi ekonomi berpenarafan A paling pesat berkembang dalam tempoh dua tahun akan datang manakala prospek pertumbuhan jangka sederhana memberangsangkan, kata agensi penarafan Moody\u2019s Rating (Moody\u2019s).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Berdasarkan laporan agensi penarafan itu, kekuatan struktur kredit negara itu mengambil kira antaranya kepelbagaian struktur ekonomi, daya saing dan kestabilan harga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Katanya, ia menjadi faktor yang menggalakkan perbelanjaan penggunaan, disokong oleh pasaran modal domestik yang kukuh dan sistem kewangan yang sofistikated.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cMoody\u2019s turut mengiktiraf sokongan politik yang utuh telah memberi ruang kepada Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan institusi yang signifikan termasuk penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 serta perundangan lain,\u201d kata kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang memetik laporan Moody\u2019s.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terus komited untuk menambah baik kewangan awam dengan memperkasakan usaha dalam meningkatkan hasil dan rasionalisasi subsidi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan anggaran awal KDNK suku keempat tahun 2024 pada 4.8 peratus.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.edisi9.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/07\/anwar-ibrahim-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-138992\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Anwar Ibrahim bersama Amir Hamzah Azizan semasa Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 di Putrajaya.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cMalaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pertumbuhan di antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan optimis bahawa pertumbuhan ekonomi akan kekal teguh pada 2025, dengan unjuran antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus,\u201d katanya dalam kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Di samping itu, beliau berkata, usaha konsolidasi fiskal akan terus menurunkan defisit, dijangka pada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024 kepada 3.8 peratus pada 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Secara beransur, Anwar berkata, hal itu selaras dengan penetapan sasaran fiskal di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Sebelum itu Moody\u2019s telah mengekalkan penarafan kredit berdaulatMalaysia pada A3 dengan tinjauan \u201cStabil\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Ini sekaligus mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan dalam pembaharuan fiskal dalam ketidaktentuan yang menstrukturkan semula ekonomi global dan perpecahan geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cPengesahan penarafan oleh Moody\u2019s merupakan pengiktirafan ke atas usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu perubahan struktur, berpandukan hala tuju dasar yang jelas dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada piawaian tatakelola yang tinggi,\u201d kata Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">Beliau berkata, Kerajaan kekal teguh dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi dan merangsang pertumbuhan serantau agar agenda pembaharuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cDalam tahun ini, Kerajaan MADANI akan memesatkan pembaharuan fiskal dan ekonomi seperti yang digariskan di bawah Belanjawan 2025, di samping memberi keutamaan kepada pelaburan berkualiti untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi serta mempercepatkan pembangunan infrastruktur bersepadu bagi menyokong kepelbagaian ekonomi dan peluang baharu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p1 wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan juga akan mengambil kesempatan selaku Pengerusi ASEAN 2025 untuk menerajui blok ekonomi ini ke arah ketertiban ekonomi bersepadu yang sentiasa bekerjasama dan menggalakkan keberhasilan yang saling menguntungkan bagi rantau ini,,\u201d tambah beliau. &#8211; Edisi 9<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MALAYSIA akan menjadi ekonomi berpenarafan A paling pesat berkembang dalam tempoh dua tahun akan datang manakala prospek pertumbuhan jangka sederhana memberangsangkan, kata agensi penarafan Moody\u2019s Rating (Moody\u2019s). Berdasarkan laporan agensi penarafan itu, kekuatan struktur kredit negara itu mengambil kira antaranya kepelbagaian struktur ekonomi, daya saing dan kestabilan harga. Katanya, ia menjadi faktor yang menggalakkan perbelanjaan&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17780,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-17779","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17779","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17779"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17779\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17781,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17779\/revisions\/17781"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17780"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17779"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17779"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17779"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}