{"id":17820,"date":"2025-01-25T09:56:05","date_gmt":"2025-01-25T09:56:05","guid":{"rendered":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/?p=17820"},"modified":"2025-01-29T09:57:33","modified_gmt":"2025-01-29T09:57:33","slug":"lima-beregu-melangkah-bergaya-ke-separuh-akhir-terbuka-india","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/2025\/01\/25\/lima-beregu-melangkah-bergaya-ke-separuh-akhir-terbuka-india\/","title":{"rendered":"Lima beregu melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India apabila menundukkan lawan masing-masing di suku akhir dengan <em>straight set<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang bagi wakil Malaysia di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi dengan menewaskan beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-16, 21-17 dalam masa 43 minit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam aksi separuh akhir esok, <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/myedisi9\">pasangan negara<\/a> itu akan berdepan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue yang pernah tiga kali ditewaskan mereka dalam empat pertemuan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Kemudian giliran Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menyingkirkan beregu Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang 21-11, 21-15 sekali gus menjarakkan kemenangan 5-0 ke atas beregu di ranking kesembilan dunia itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun cabaran menanti pasangan ini lebih getir apabila beregu kedua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menanti mereka di separuh akhir. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk rekod, daripada tujuh pertemuan sebelum ini, Sooh Huat-Shevon hanya menang sekali ke atas beregu China ini iaitu pada Terbuka China tahun lalu di peringkat separuh akhir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Pearly Tan-M.Thinaah yang tersingkir seawal pusingan pertama dalam Terbuka Malaysia, aksi pembuka tirai 2025 minggu lalu turut menang bergaya ke atas lawan mereka dari Jepun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Beregu negara itu begitupun dicabar hebat oleh Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang menghuni tangga 57 dunia sebelum menang 21-18, 21-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Esok, Pearlu-Thinaah akan bertemu beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong untuk mencari slot ke pentas akhir kejohanan Siri Super 750 itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Sementara itu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei juga tidak menghadapi masalah ketika berdepan lawan masing-masing untuk mengiringi ke separuy akhir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Aaron-Woo Yik menundukkan beregu Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-18, 21-18 manakala Nur Izzuddin-Sze Fei pula menyingkirkan pasangan adik-beradik dari Taiwan, Fang-Chih Lee-Fang-Jen Lee.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"p3 wp-block-paragraph\">Nur Izzuddin-Sze Fei yang kini menjadi beregu lelaki nombor 1 negara menewaskan pasangan Taiwan itu 21-11, 21-17. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di peringkat separuh akhir, Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae manakala Nur Izzuddin-Sze Fei dicabar beregu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlawanan bermula 2.30 petang waktu Malaysia. &#8211; Edisi 9<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir Terbuka India apabila menundukkan lawan masing-masing di suku akhir dengan straight set. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang bagi wakil Malaysia di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi dengan menewaskan beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"class_list":["post-17820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17820"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17820\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17822,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17820\/revisions\/17822"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/edisi9.createportal.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}